Senin, 19 Maret 2012

Wanita Sebagai IBU



Lahir sebagai wanita adalah anugerah hebat dari Allah. Apatah lagi berpeluang menjadi seorang ibu. Sememangnya wanita tidak segagah lelaki tetapi wanita mempunyai kehebatan tersendiri. Di sebalik kehebatan seorang lelaki sudah pasti ada seorang wanita yang lebih hebat di belakangnya….yang mengandungkannya dengan penuh dugaan, yang bertarung nyawa melahirkannya, bersusah-payah membesarkannya, mendidik dan mengajarnya hingga menjadi sebegitu hebat....

Ibu solehah yang hebat sudah pasti dapat menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Ibu yang hebat sudah pasti akan memilih acuan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sudah pasti misinya melahirkan anak-anak yang hebat di sisi Alloh dan di kacamata manusia.
Anak yang menjadikan dunia tempat untuk mencari keredhaan Alloh, yang sentiasa bermanfaat pada setiap manusia di sekelilingnya, yang mempunyai kecerdikan akal, ketinggian akhlak, yang menjadi penenang jiwa dan pengubat hati.

Anak yang akan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. Bukan mudah untuk melahirkan anak-anak yang sedemikian rupa.
Sudah pasti ianya memerlukan pengorbanan dan kemahuan yang tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap amanah Alloh itu sendiri. Amanah yang kelak akan disoal....

Walaupun tanggungjawab mendidik anak-anak beratnya terletak pada bapa, ibu juga memainkan peranan yang besar dalam merealisasikan peranan bapa itu sendiri. Ibu adalah manusia yang paling dekat dengan anak.

Sejak berada di alam rahim selama 9 bulan 10 hari sehinggalah anak itu dilahirkan ke dunia. Setiap tingkah laku ibu diperhati oleh anak.
Ibu menjadi role model pertama, ibu adalah guru pertama yang mendidik anak-anak. Jika baik ibu itu, Insya Alloh baiklah anaknya.....

Ibu yang hebat akan mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik anak-anaknya kerana kita tidak akan mampu untuk memberi sekiranya diri kira sendiri tidak pernah memilikinya.
Didiklah dirimu wahai ibu sebelum kamu mendidik anak-anakmu. Bersusah-payahlah membetulkan dirimu terlebih dahulu. Sudah pasti selepas kesusahan, pasti ada kesenangan. Biar kita menangis sekarang, jangan kelak kita menangis dan kesal atas kelalaian kita dalam mendidik anak-anak.....

Maka, carilah ilmu pendidikan anak-anak yang betul , yang menepati kehendak Islam supaya dapat melahirkan generasi muda yang menjadi harapan bangsa.....semoga bermanfaat...

salam ukhuwah

hamba Alloh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar